Tuesday, February 15

صَـلَّى اللهُ عَـلَى مُحَمَّد صَـلَّى اللهُ عَـلَيْهِ وَسَـلَّم

Apa itu Maulidul Rasul?

          Dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul, ianya adalah hari besejarah, setiap tahun umat islam di dunia akan mengadakan majlis memperingatkan keputeraan Nabi Muhammad saw dengan mengadakan upacara ceramah perarakkan dan sebagainya.
         Nabi Muhammad di utus Allah tidak untuk bangsa Arab pada zaman itu,  tidak kepada agama muslim tetapi bagi seluruh umat manusia dan Nabi Muhammad adalah Nabi terakhir di utus Allah sebagai penutup bagi semua para Nabi. 
Mari kita mengambil iktibar dari sebuah kitab Injil ini tentang kedatangan Nabi Muhammad saw iaitu injil Barnabas ia ditemukan tersimpan di gedung vatikan di Itali oleh pendeta kristian, kemudian diterjemahkan dalam bahasa inggeris pada tahun 1325 H, kemudian naskah tersebut diketahui sebahagian umat muslim, dan diterjemahkan dalam bahasa Arab oleh Dr khalil bin Sa'dah seorang pelajar berkebangsaan Egypt dari Mesir, dan seterusnya di terjemahkan beberapa bahasa lain. Apa yang dikutip di sini merupakan taksir oleh Sayyid Muhammad Rasyid di mulakan dengan 
        Bismillahirohmaanirohiim, Dan ingatlah ketika Isa Putra Maryam Berkata: hai bani Israel sesungguh Aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab sebelumku, iaitu TAURAT, dan memberi khabar gembira dengan seorang Rasul yang akan datang sesudahku yang namanya Ahmad (Muhammad) maka takala Rasul itu datang kepada mereka dan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata: ini adalah sihir yang nyata (kitab suci Al-Qur'an 61:6)

    Informasi ini tentang kedatangan Muhammad Ahmad Mahammad Mahamoud oleh Isa Putra Maryam injil ini telah dilarang dibaca oleh majlis agama kristian, kerana injil ini berlainan dari kitab injil yang lain dan berbeza isinya, maka di putuskan kitab ini tidak boleh dibaca oleh umat kristiani. Kitab injil Barnabas menceritakan Isa kepada muridnya para Hawariyyun dan ia akan meninggal alam dunia ini 72:7. Maka ketika itu menangislah para utusan Isa sambil berkata: wahai Guru ! mengapa engkau akan meninggalkan kami? jika demikian bahawa kami terasa mati lebih baik bagi kami daripada engkau meninggalkan kami. 72:8 Isa berkata: janganlah hatimu bergoncang dan janganlah takut, kerana sesungguhnya Aku bukan pencipta kamu, tetapi Allahlah yang mencipta kamu Dialah yang memelihara kamu 72:9 adapun tentang tugas Aku, sesungguhnya Aku datang menyediakan jalan bagi RASUL ALLAH yang akan datang dengan membawa tugas kelepasan alam ini 72:10 akan tetapi berjagalah olehmu jika tidak kamu akan ditipu orang kerana akan datang beberapa orang Nabi Palsu mereka akan mengambil kataku dan perkataan-perkataanku dan mengotori INJILKU 72:11.

    Ketika itu Andawarus berkata: wahai guru sebutkan bagi kami sesuatu tanda supaya kami mengenal Dia? 72:12 jawab Isa: sesungguhnya Dia tidak akan datang pada masamu , tetapi akan datang kelak berbilang tahun di belakang kamu, Injil Aku di rosakkan dan hampir tidak dapat lagi oleh tiga puluh orang beriman 72:13.
    Pada waktu itu Allah akan merahmati alam ini, maka di UTUSLAH SEORANG UTUSAN di mana AWAN PUTIH MENAUNGINYA mengenal Dia seorang hamba Allah yang di pilih Allah, dan Dia akan mengenalkannya seluruh alam 72:14 Dia akan datang membawa kekuatan-kekuatan yang besar, mengalahkan orang yang membuat durhaka, Dia akan menghapuskan penyembah-penyembah berhala 72:15 sesungguhnya Aku gembira dengan demikian, kerana dengan perantara Allah akan memuliakan orang dan Dia menampakkan kebenaranku 72:16 Dia akan memurkai orang berkata: aku lebih besar lebih tinggi dari manusia, Dia akan membawa kebenaran lebih jelas daripada para Nabi lain Dia akan membenci kepada orang melakukan tidak baik. Karin berkata: apakah nama MESIYA ITU? dan apakah tanda kedatangannya? 72:17

Jawab Isa: sesungguhnya nama Dia amat menghairankan, kerana Allah sendiri menamakan Dia, Dialah meletakan namanya di suatu tempat yang indah di langit. 72:18
    Datanglah firman Allah: sabarlah olehmu hai MUHAMMAD kerana sesungguhnya Aku mengutus engkau hendak menjadi syurga alam dunia ini, dan sejumlah besar dari makhluk Aku berikan kepada Engkau, sehingga sesiapa sahaja memberkati engkau, dan ia akan di berkati dan sesiapa mengkhianati engkau, ia akan dilaknati 72:19 dan apabila aku mengutus engkau kepada dunia, aku menjadikan engkau utusanku, untuk memberi kelepasan dan perkataanmu yang benar sehingga langit dan bumi hancur tetapi iman engkau tidak akan hancur 72:20 bahawasanya nama yang diberkati itu adalah MUHAMMAD 72:21 ketika itulah banyak orang-orang menyebut namanya dan berkata: Ya Allah! utuslah olehmu kepada kami!
Ya MUHAMMAD marilah segera datang untuk melepaskan alam dunia ini.. 

SUBAHANALLAH DI SINI KITA RASA SUNGGUH JELAS, BAHKAN INJIL BARNABAS MENYEBUTKAN NAMANYA DAN TENTANG SIAPA UTUSANNYA.
ALLAH Azza Wa Jalla WALLAHU'ALAM BISHOWAB WASSALAMUALAIKUM WARROHMATULLAH HI WABAROKATUUH :)


i hope you guys would read this. salam maulidur Rasul wahai saudaraku.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...